Nasihat Nabi Untuk Ali
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…
Riak
Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali.
(Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a)
Mudah-mudahan mereka-mereka itu adalah kita insyaAllah, amiin…
Menghindari Syaitan
Jika hati penuh dengan iman, dihiasi dengan taqwa, dan dipelihara dengan zikir, maka syaitan tidak akan berkuasa atasnya dan tidak punya jalan untuk masuk ke dalam hatinya.4 Perkara Hanya Dengan Ridho Allah
Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali dengan keredhaan Allah s.w.t:- Banyak bersikap diam
- Merendahkan hati (tawadhu’)
- Banyak berzikir kepada Allah
- Kesederhanaan dalam segala hal.
Jika anda kehilangan harta benda, anda tidak kehilangan sesuatu.
Jika anda kehilangan semangat dan keberanian, berarti anda kehilangan banyak hal.
Dan jika anda kehilangan kemuliaan serta harga diri, berarti anda kehilangan segala-galanya.
0 komentar:
Posting Komentar